Friday, August 27, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 60

Dia menyiapkan meja makan. Selepas siap semuanya langkahnya menuju kearah Zairil yang sedang membaca surat khabar. Bahu lelaki itu dicuit perlahan. Sebaik melihat Zairil berpaling dia tersenyum. “Kita makan jom.. makanan dah siap”
Zairil hanya menganguk.
Melihat angukan itu Ariana bersyukur di dalam hati. Sudah tiga bulan Zairil dan dia mampu duduk semeja. Makan bersama. Dan sekali sekala bergurau senda biarpun pada hakikatnya hubungan mereka masih tidak ubah seperti dahulu. Entahlah sukar benar untuk menelah hati lelaki yang bernama Zairil itu.
Adakalanya mulut lelaki itu tetap juga menyakitinya. Namun dia tetap bersabar. Yakin segalanya akan berubah selari dengan masa yang berlalu. Masuk hari ini juga sudah tiga bulan dia tidak bertemu dengan Ilham. Biarkan. Biarkan semuanya berakhir disitu.
“Esok Ary kerja?” Zairil bertanya pula. Suasana sepi di meja makan membuatkan dia tidak betah.
Ariana tersenyum. Dia menganguk. “Tapi saya ingat nak pergi rumah maklong lepas balik kerja. Awak nak ikut?” Soalan diajukan pula. Sudah lama rasanya tidak berjumpa ibu saudaranya itu.
“Pukul berapa?”
“Erm.. kul lima..”
“Ermm.. esok pergi kerja dengan abang. Esok kita pergi sama sama. Nanti balik abang ambil” Zairil terus sahaja bersetuju. Lagi pula dia pun sudah lama tidak berjumpa keluarga isterinya itu. Wajah Ariana ditatap. Biarpun masa berlalu keadaan masih sama. Sudah berubahkah isterinya itu? “Ary sihat?” Dia bertanya pula.
Ariana ketawa perlahan. Pelik . “Saya sihat la. So sedap tak saya masak? Awak tak pernah puji pun” Suaranya mengusik. Mahu memeriahkan suasana.
Zairil tersenyum Cuma. Lalu menganguk perlahan. Masakan Ariana memang sedap. Sebaik sahaja selesai dia menarik Ariana menuju keruang tamu. Dia ingin memberitahu sesuatu.
“ Ada apa” Ariana bertanya sambil berdiri. Wajah Zairil dipandang.
“Dudukla dulu” Zairil mengajak pula. Tangannya menepuk tempat kosong di sebelahnya.
Ariana yang memahami terus sahaja duduk disebelah Zairil. Tangannya yang dicapai Zairil hanya dibiarkan. “Umi dengan papa akan sampai minggu depan. Diaorang tinggal kat sini untuk sementara waktu. Ary tak kisahkan”
“Apa pulak nak kisah. Umi ngan papa awak kan mertua saya jugak. Tak kisah pun. Suka lagi ada la. Tak sabar nak jumpa. Umi baik tak? Papa garang ker?” Dia bertanya ramah. Gembira menanti untuk berjumpa ibubapa suaminya itu.
Zairil memaut bahu Ariana supaya bersandar dibahunya. Dia suka akan saat begitu jikalau bersama isterinya. “Umi ngan papa baik. Ary jangan la risau..” Tangannya membelai lembut rambut isterinya itu.
Ariana mendongak. “Tak risau.. tapi takut jugak. Takut umi ngan papa tak suka saya..”
“Tak de lah.. dah tengoklah tv tu. Itu pelakon kegemaran Ary berlakon” Dia meyakinkan. Tiada sebab untuk uminya tidak menyukai Ariana. Seterusnya matanya menatap Ariana. Isterinya itu apabila Faizal Yusof berlakon pasti sudah tidak menghiraukan orang lain. Akhirnya dia tersenyum sendiri.
Ariana yang leka menatap tv sempat memandang Zairil. Gembira dia melihat senyuman itu. Doanya biarlah senyuman itu kekal selamanya. Bukankah benar katanya masa adalah nurse terbaik buat merawat luka dihati??

“Maklong.. teka siapa yang datang” Ariana menutup kedua belah mata puan Aisyah sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya. Menyuruh Zairil diam. Kerana dia mahu mengusik ibu saudaranya itu.
“Alah.. kalau dah suara macam tu.. tu tak payah nak main teka teka lah” Puan Aisyah berkata selamba. Macamla dia tidak tahu sikap suka mengusik Ariana itu. Lagi pula telingannya tadi sempat menangkap bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah.
“Hehehe.. tak boleh usik sikit la maklong ni..” Dia menyalam tangan Puan Aisyah.
“Hah Ril masukla.. apa tercegat kat situ tu” Puan Aisyah menegur Zairil pula. Pelik melihat Zairil yang hanya tunak memandang Ariana .
Zairil tersenyum. Tangan tua itu dicium. Tadi sebenarnya dia sedang galak melihat Ariana yang mengusik Puan Aisyah. Ceria wajah itu. Dan dia benar benar suka.
“Paklong ngan abang Ziq ngan abang Shah tak balik lagi ya” Ariana bertanya pula. Sunyi sepi sahaja dirasakan rumah puan Aisyah.
“aii.. kamu kan satu tempat kerja ngan Abang ziq. Takkan tak tahu kot” Puan Aisyah bertanya kembali.
“opss..” dahinya ditepuk perlahan. “Lupa.. tadi masa Ary balik dia ngah wat kerja lagi.. al maklumlah orang busy..”
“Banyak la kamu lupa. Hah itu dia dah balik panjang umur. Kamu pergilah mandi. Dah nak magrib ni. Sekejap lagi boleh makan sama sama” Puan Aisyah menyuruh Ariana pula sebaik melihat Ariana yang lengkap berbaju kurung. Pasti terus kesini selepas balik kerja tadi.
“Mandi kat mana.. baju takder” Ariana bertanya seakan blur. Sengaja.
“Eii.. budak ni.. saja je. Pergila bilik tetamu yang dah tak macam bilik tetamu tu. Baju kamu ngan Ril kan ada kat situ..” Puan Aisyah mengetuk kepala Ariana perlahan. Geram pula dia. Sedangkan bukan ini kali pertama Ariana kerumahnya. Lebih dari itu bilik tetamu itu pun sudah menjadi bilik Ariana kerana anak saudaranya itu kerap juga tidur dirumahnya. Masih lagi buat tak tahu ker?
“Yer la.. gurau jer.. jom” Dia tersengih Kelakar melihat muka bengang puan Aisyah. Tangan Zairil ditarik menuju ke tingkat atas. Tidak sabar rasanya mahu makan selepas ini.
“Ary mandi dulu lah.. abang nak rehat kejap..” Zairil bersuara seraya berbaring di atas tilam itu. Penat sebenarnya. Apabila melihat Ariana menganguk dia menutup matanya. Mahu tidur seketika.
Sebaik sahaja selesai berpakaian tubuh Zairil dihampiri.” Awak.. bangun.. dah magrib ni. Saya turun dulu tau. Nak tolong maklong masak.” Seusai berkata dia menuju ke dapur. Namun melihatkan sepupunya yang sedang bergurau senda dia menyergah. “ Haa.. buat apa tu. Ngumpat erh?”
Shahrul hanya mengeleng. Sepupunya itu walau sudah berkahwin tetap juga begitu. Nakal. “A`ah.. ngah ngumpat..”
“Ngumpat apa?” Dia bertanya laju. Menyibuk nak tahu.
Shahrul menjugkitkan kening kearah Haziq. Haziq tersengih. “Ngumpat bila we all nak dapat anak sedara. Nanti mesti comel macam Ary kan..”
Ariana terkedu. Mukanya berubah keruh. Tidak suka akan kata kata sepupunya itu. Langsung terasa dia terus menujuke dapur meninggalkan Shahrul dan Haziq yang terpinga pinga. Sebaik tiba dia melihat semuanya sudah terhidang malahan Zairil turut ada disitu. Langsung dia mengubah haluan. Duduk di meja makan.
“Hah.. makan banyak banyak Ary. Biar gemuk sikit. Ini macam tak cukup makan jer maklong tengok..” Puan Aisyah menegur. Badan Ariana dirasakan sedikit susut.
“Tak sempat nak makan.. busy” Dia tersengih. Pingan Zairil diambil lalu dimasukkan sedikit nasi.
“Aril dera Ary ya” Tuan Helmi berselorah.
Zairil hanya ketawa. Wajah Ariana dipandang. Memang dia akui tubuh itu sedikit susut berbanding dulu. “Dah paksa makan.. Ary ni hah asyik diet jer.”
“Ish mana ader. Badan Ary memang macam ni la maklong. Dah la makan tak baik bercakap.” Dia membalas pula geram.
“ Ye la.. sedangkan dia la yang paling banyak cakap kat sini.” Shahrul memerli.
Ariana mencebik.
“ Ary tidur sini ke? esok tak kerja kan?” Puan Aisyah bertanya pula.
Ariana memandang zairil. Bertanyakan lelaki itu. Melihatkan zairil menganguk. dia turut menganguk sama…

Tepat pukul 11 Ariana sudah berbaring di atas katilnya. Dia benar benar mengantuk apatah lagi penat apabila tadi sibuk menyakat dan disakat sepupunya itu. Sudahnya dia naik dulu meningalkan Zairil sendirian yang sedang bercakap dengan Tuan helmi, bapa saudaranya itu.
Lama selepas itu kelibat Zairil dilihat masuk ke bilik itu. Dengan mata yang mengantuk dia melihat Zairil. Berkerut dahinya disaat melihat Zairil yang sudah mengambil kunci kereta. “Awak nak pergi mana”
“Balik rumah.. tidur”
What! Ariana bangkit dari baringannya. “Awak tak boleh tidur kat sini ker?” Dia bertanya separuh geram.
“Tidur sini.. mana ada comforter. Baik abang balik rumah. Esok abang ambik Ary. Abang dah cakap pada pak long abang kena balik ada hal. So Ary tak yah la risau.” Suaranya tetap tenang.
Ariana mengeleng. Tidak percaya alasan itu yang diberikan Zairil. “Tidur la sini. Atas katil ni.. apa susah”
Zairil tersenyum sinis. “Sebelah Ary.. terima kasih jer” Dia bersuara selamba.
Ariana mengetap bibirnya. Memang ini lah yang terjadi setiap kali mereka tidur di rumah ibu saudaranya itu. Zairil dilihatnya langsung tidak mahu menyentuhnya apatah lagi berbaring disebelahnya. Entah apa yang dimahukan lelaki itu dia tidak pasti. Sakit hatinya melihat sikap Zairil yang berubah ubah itu.
“Apa masalah awak ni sebenarnya. Saya isteri awak zairil” Dia bersuara geram. Aneh. Zairil melayannya tak ubah seperti anak patung biarpun sudah hampir tiga bulan berlalu. Biarpun dia sudah memberitahu lelaki itu dia rela akan kekal menjadi isteri Zairil biar apa pun yang terjadi.
Tapi sayang Zairil masih juga begitu. Dia dilayan elok apabila matahari masih ada. Apabila tiba waktu tidur wajah itu terus berubah. Zairil langsung tidak mahu memandangnya.
“Tak pelah abang balik.. “ Zairil masih bertegas.
“kalau awak tak suka saya.. awak ceraikan saya zairil. Jangan buat saya macam ni” Dia merintih sayu. Biar pun tidak pernah sekalipun dia mengharapkan mereka bercerai namun perkataan itu terlotar jua. Entahlah. Zairil tidak pernah mencuba untuk memahaminya biarpun berulang kali dia mencuba memahami suaminya itu.
“Abang takkan ceraikan Ary” Suaranya mendatar.
Ariana menghampiri Zairil. Biarlah . Biarlah dia ditampar atau ditolak. Dia tidak kisah. Dia Cuma mahu jawapan yang pasti. Lengan lelaki itu digengam erat. “Kenapa dengan awak sebenarnya. Apa yang awak nak?” tubuh lelaki itu digoyang perlahan.
“Abang nak Ary berpisah dengan Ilham”
“Zairil” Ariana menengking. Geram. “Saya takde apa apa hubungan dengan Ilham. Malahan saya tak pernah berjumpa dengan dia pun sejak keluar hospital hari tu. Saya isteri awak.. awak jangan buat saya macam ni” Dia merayu dalam rasa marahnya.
“Abang tak percaya Ary!” Pautan tangan Ariana ditarik supaya lepas. Lalu dia berlalu pergi.
Air mata Ariana menitis. Sampai bila Zairil? Sampai bila awak nak layan saya macam ni? Silap langkahkah dia memilih Zairil? Ya Allah..

7 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

oh nooo..
aril,ary dah berubah tu..
try to accept her again..pleasee..
n ary,,sabar please...
huhu...

tolonglah..
nak ary dgn aril..~

Nur Faizah said...

aril. bukalah aty awak tu..
ary dah berubah la..
adehhhh..
aril terima la ary mcm awak terima die dulu2..
tolong la aril..
nak aril n ary berbaik :)

penulis! gd job n saya da lame tunggu post terbaru.. hehehe..
btw.. xsabr nak tunggu yg baru la.. hehehe..

epy elina said...

adeh...
apa la zaril ni...
klu x sygkan ary...
ceraikn je lah,...
nak zaril mnyesal bila dia thu crta sbnr...

Unknown said...

dlm mode menunggu perkembangan citer

Anonymous said...

Tak sabar nak tunggu sambungan...

Tak sabar nak tunggu Ilham bersama Sofea... Aril dgn Nisha...

Biarlah cinta pertama bersatu... pls

hamzah ian said...

wow.. nice..

Anonymous said...

jgn la bg ilham ngan ary.........
nk aril ngan ari gak........
sian kt aril